Sunday, February 15, 2009

SELAMAT DATANG KE PAMERAN PASTI TEMERLOH

Pada 14 dan 15 Februari ini Jabatan PASTI Temerloh akan mengadakan pameran sempena Ekspo Penerangan PAS Temerloh. Lokasi Ekspo ini ialah di Darul Amin, Kg Sungai Gau, Temerloh. Pameran PASTI ini memaparkan aktiviti-aktiviti murid dan guru PASTI sepanjang tahun lepas.

Selain itu, catatan sejarah, kurikulum dan maklumat-maklumat asas PASTI juga dipamerkan untuk tatapan para pengunjung yang hadir. Pameran ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Jualan buku juga diadakan bagi mengisi tabung PASTI.

No comments:

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.