Monday, November 17, 2008

Hari Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Jabatan PASTI Pahang

Majlis Berkenaan akan diadakan pada 23 November 2008 di Pusat Pengajian Al Mukmin, Temerloh. Hadiah akan disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi, Timbalan Ketua DPP Pusat. Atur cara majlis akan dimulai dengan peperiksaan dan majlis penyampaian hadiah.

Jabatan PASTI Temerloh akan diwakili oleh dua orang murid masing-masing daripada murid 6 tahun dan murid 5 tahun. Bagi Peringkat Kawasan Temerloh, peperiksaan berkenaan telah diadakan pada 24 Oktober lalu di Bangunan Kafa, Taman Bukit Bendera.

Selamat datang ke Temerloh dan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon.

1 comment:

jaispasti said...

Ralat x dapat send maklumat program nie pada abg basiron ( harakah ) harap s/u dapat followup semula..

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.