Saturday, March 28, 2009

Awas ketika menggunakan kemudahan internet

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing.

Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.


Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!" Malang sekali bukan itu yang berlaku.


Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita. Cuba bayangkan! Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA.


Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya. Mengapa? Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? - Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan. - Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan. - Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.


Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba. Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita. Kita marah bila orang mencungkil privacy kita. Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka? Facebook best! Face book nombor 1 sekarang !!! Memang betul. Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya. Dan ini juga adalah satu fakta: Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence. Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.


Sumber: E-mel daripada sahabat lama.

Saturday, March 14, 2009

SUKANEKA GABUNGAN MERIAH...


Padang Awam Kampung Tanjung Batu telah menjadi lokasi Sukaneka Gabungan PASTI Kawasan Temerloh yang diadakan pada 14 Mac 2009. Empat buah PASTI iaitu PASTI Al Amin, Lukman Hakim, Hidayah dan Habiburahman telah bergabung untuk menjayakan sukaneka tersebut. Sebanyak 15 acara sukaneka telah dipertandingkan termasuk acara ibu bapa dan murid-murid sekolah rendah.












Sukaneka ini juga turut dihadiri oleh Ketua Kampung Tanjung Batu. Ibu bapa dan penjaga murid PASTI telah hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada anak masing-masing. Kerjasama dan kesungguhan guru-guru amat dihargai sehingga berjayanya sukaneka ini dilaksanakan.














Antara acara yang mendapat perhatian daripada hadirin ialah acara tarik tali, lari kasut besar dan tarik upih. Selain itu, pertandingan rumah sukan tercantik juga diadakan. Rumah sukan yang tercantik ialah Rumah Merah, diikuti Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Manakala johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Hijau.

Pada akhir acara sukaneka, YDP PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Para urus setia sukaneka juga menerima cenderahati bagi menghargai sumbangan mereka melancarkan sukaneka kali ini.

Pihak Jabatan PASTI mengucapkan ribuan terima kasih kapada semua pihak yang menjayakan sukaneka ini. Khususnya kepada Ketua Kampung Tanjung Batu, JKKK, Ustaz Abdul Rahim, pihak pengurusan surau, guru-guru, ibu bapa dan urus setia sukaneka. Terima kasih daun keladi.....

Saturday, March 7, 2009

Mengapa anak-anak bermasalah?

Ibu bapa dan guru sering berhadapan dengan karenah anak-anak yang bermasalah. Mahu atau tidak, ibu bapa dan guru mesti menghadapinya. Hal ini demikian kerana masalah anak-anak ini merupakan ujian keimanan kepada kita semua.

Justeru, bagi menangani anak-anak yang bermasalah ini kita perlu mengenali beberapa faktor atau punca. Antaranya ialah kelemahan amalan agama dalam diri anak. Apabila amalan agama dan kerohanian tidak dihayati maka anak-anak akan mudah terdedah kepada masalah. Anak-anak yang mempunyai kekuatan kerohanian akan merasakan tingkah laku mereka sentiasa dipantau. Mereka juga mempunyai hati yang tenang dan minda yang segar.


Selain itu, sifat warisan daripada ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Bak kata pepatah "Bapa borek anak rintik". Menurut kajian, 90% perangai anak-anak terbentuk sewaktu di dalam rahim ibu. Ringkasnya, emosi dan perlakuan ibu bapa semasa anak berada dalam kandungan ibu akan mempengaruhi anak-anak. Jadi, fikir-fikirlah....

Di samping itu, tekanan perasaan juga menyebabkan gejala perlakuan bermasalah dalam kalangan anak-anak. Umpamanya, anak-anak tertekan dengan masalah pergaduhan ibu dan bapa di rumah. Pertengkaran yang berterusan memberi kesan negatif kepada perkembangan anak-anak. Implikasinya, anak-anak akan menzahirkan tekanan perasaan ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti bergaduh, merokok, vandalisme dan sebagainya.


Konklusinya, ibu bapa dan guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi perkembangan diri anak-anak. Tepuk dada, tanya iman...

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.