Friday, December 19, 2008

KURSUS ASAS GURU PASTI DI TEMERLOH- kemas kini


Temerloh akan menjadi tuan rumah kepada Kursus Asas Guru PASTI Siri 1 anjuran Jabatan PASTI Pahang yang akan diadakan pada 30, 31 Disember 2008 dan 1 Januari 2009. Kursus ini akan diadakan di Darul Amin, Sungai Gau Temerloh. Pengarah PASTI Pahang, Saudara Rozlan Yaakob menegaskan seramai kira-kira 60 orang guru PASTI bakal menghadiri kursus asas ini. Guru-guru yang terlibat dengan kursus asas ini ialah guru yang belum pernah mengikuti kursus asas dan guru yang akan mengajar murid 5 tahun pada tahun hadapan.

Justeru, Jabatan PASTI Temerloh mengharapkan kerjasama daripada semua pengurus PASTI Kawasan Temerloh agar dapat menghantar guru-guru berkenaan untuk menghadiri kursus asas ini. Pendaftaran kursus ini ialah pada 26 Disember ini bermula jam 4.30 petang hingga 6 petang di Darul Amin, Sungai Gau. Manakala, setiap orang guru dikenakan bayaran sebanyak RM100 sahaja.

Sehubungan dengan itu, Jabatan PASTI Kawasan mengharapkan jasa baik semua AJK DPP Temerloh yang budiman dan semua guru PASTI Temerloh untuk bergotong royong pada 29 Disember ini jam 9 pagi di Darul Amin Sungai Gau.








1 comment:

fais ismail said...

salam,semoga usaha murni nie. PASTI Phg dapat melahirkan guru-guru yg. berkualiti & mantop..

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.