Sunday, February 1, 2009

KUNJUNGAN KE PASTI.....


Antara unsur penting dalam pengurusan PASTI ialah pemantauan. Pihak Jemaah Pengurus, Jabatan PASTI Kawasan, negeri dan pusat perlu melaksanakan pemantauan. Pemantauan bukan bertujuan mencari kesilapan dan kesalahan guru dan pihak pengurusan PASTI. Sebaliknya bertujuan untuk memberi bimbingan dan memastikan dasar-dasar dan objektif PASTI dapat dihayati.

Justeru, Jabatan PASTI Temerloh telah mengunjungi beberapa buah PASTI di Temerloh bagi meninjau perjalanan PASTI pada awal tahun ini. Antara PASTI yang dikunjungi ialah PASTI Husna, An Nur, Al Amin, As Syakirin, Az Zahra' dan Al Hidayah.
Dalam tinjauan awal ini, guru-guru diingatkan tentang persediaan asas seperti penulisan buku rekod mengajar, jadual kedatangan murid, rekod pendaftaran murid dan buku pelawat.

2 comments:

Dewan Pemuda PAS said...

come betui pasti azzahra tu,sape ye yg.....tahniah setingginye pd pihak pengurusanye..he.he.hee

Mohd Jais Bin Ishak said...

HARAPAN yang amat besar, buat warga PASTI agar dapat PEMIMPIN di peringkat " TERTINGGI " berkunjung ke PASTI - PASTI,agar PASTI tidak di PINGGIR kan ke WUJUD annya dan satu PENGIKTIRAF sumbangan BESAR , Pengurusan PASTI dan Guru -Guru PASTI kepada PARTI. salam perjungan buat mujahidin mujahidah fedden.....

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.