Sunday, November 23, 2008

MURID DARI JABATAN PASTI TEMERLOH MENANG




Ahad, 23 November-Adik Nabil Umar b Abdul Rahaman dari PASTI Ummu Khalidah, Temerloh telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan Anugerah Cemerlang Jabatan Pasti Pahang. Adik Nabil Umar adalah murid 6 Tahun yang akan mewakili Jabatan PASTI Pahang dalam peperiksaan pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30hb November ini. Tahniah kepada adik Nabil! Tahniah juga kepada guru-guru dan ibu bapa!


Ustaz Shukri telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang. Ustaz Shukri adalah wakil kepada Ustaz Nasrudin yang tidak dapat hadir kerana mempunyai program yang lain.

3 comments:

dmx said...

Tahniah - buat warga Pasti kaw. Temerloh diatas kejayaan anak didik anda. teruskan perjuanganmu...Pasti Cemerlang ! Pasti Gemilang !

dmx said...

nanti naik ker Pasti Pusat(final) jgn. luper send kat koi.. plak !
bukan aper, nak buat solat hajat sikit moga2 Pasti Pahang menang peringkat akhir - doa & harapan

JABATAN PASTI KAWASAN TEMERLOH said...

isyaallah... tapi tarikh dan tempat periksa peringkat pusat belum confirm lagi. Letih koi...cikgunya selalu tanya koi. mungkin ibu bapa budak pasti tu nak tahu..minta aok tanya pengarah tu ye..aok kan power sikit.

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.