Wednesday, December 3, 2008

DAFTAR SEGERA ANAK-ANAK ANDA DI PASTI AL AMIN, SG GAU


Sebuah PASTI akan dibuka pada 5 Januari 2009 nanti. PASTI ini bertempat di Balai Islam, Kg Sungai Gau. PASTI baharu ini diberi nama PASTI Al Amin sempena nama bangunan lokasi operasinya. PASTI Al Amin bakal menawarkan perkhidmatan pendidikan prasekolah berteraskan Islam bagi kanak-kanak yang berumur 6, 5 dan 4 tahun.

Selain itu, jagaan lanjutan juga disediakan bagi ibu bapa yang bekerja sehingga jam 5 petang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan bagi murid-murid yang memerlukannya. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi setiausaha PASTI Al Amin di talian 019 9166683.


9 comments:

dmx said...

Tahniah ! doa & harapan PASTI AL AMIN terus cemerlang..

JABATAN PASTI KAWASAN TEMERLOH said...

Thanks. baru nak mula. mudah-mudahan panjang nafasnya..

admin said...

Tahniah.. Slamt Hari Raya Qurban 1429H.

dmx said...

Menggambil kesempatan menngucapkan salam aidiladha buat: PENCINTA ISLAM sirrubarkatilllah -

Paip Pecah said...

salam... promosi le pasti lain jugak... letaklah blog pasti az-zahra dalam pautan pasti temerloh.. boleh kan ?

syampomen said...

Salam,blog ni perlu diupdate dan jadikan ia sebagai platform pasti kawasan kita ye..

syampomen said...

Salam,semoga blog ni jadi platform utk semua pasti di temerloh.
Utk Jais,blog pasti negeri ada ke?

JABATAN PASTI KAWASAN TEMERLOH said...

Terima kasih kepada syampomen dan pemuda temerloh.

dmx said...

salam,buat syam- insyallah S/U PASTI NEGERI org Temerloh- boleh jwp

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.