Saturday, December 27, 2008

Walimatul Urus Anakanda Ketua MGP Temerloh Meriah


Tanggal 27 Disember 2008 adalah hari yang penuh kebahagiaan bagi Ketua Majlis Guru Pasti Temerloh, Hajah Zaliha (lebih dikenali sebagai Kak Ha) dan suami, Haji Ariffin. Kak Ha dan suami melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka, Siti Nor Hafizarni dengan Amin Mumini di Taman Bukit Bendera, Mentakab.
Sepanjang majlis ini, Kak Ha dan suami begitu ceria menyambut tetamu yang hadir. Antara yang hadir ialah sahabat handai, saudara mara dan guru-guru PASTI. Kira-kira jam 1 tengah hari rombongan pengantin lelaki tiba dengan diiringi paluan kompang. Kemudian, pengantin baharu duduk di meja untuk santapan raja sehari.

Tahniah diucapkan kepada Kak Ha dan suami. Semoga terus beroleh kebahagian bersama anak dan menantu baharu. Mudah-mudahan cepat mendapat cucu. Jabatan PASTI Temerloh mendoakan kebahagiaan untuk Kak Ha dan keluarga.





3 comments:

dmx said...

Selamat Berbahagia - buat kedua mempelai pengantin.Semoga Allah swt Merahmati bahtera yg dibena ..

syampomen said...

koi tak pegi la rumah kak ha,sebab tak tau rumah kat mana.maaf la kak ha,walaubagaimanapun koi nak ucapkan slamat pengntin baru kpd kedua pengntin

JABATAN PASTI KAWASAN TEMERLOH said...

Mengapa syampomen tak tahu rumah kak ha? Tanyalah guru PASTI Az Zara' atau Pengerusi Jabatan PASTI Temerloh...

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.