Tuesday, January 27, 2009

Murid dari PASTI Temerloh akan mewakili Pahang pada Hari Anugerah Cemerlang PASTI Malaysia


Tahniah kepada adik Nabil Umar b Abdul Rahaman ! Adik Nabil akan mewakili Pahang sempena Hari Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia. Majlis berkenaan akan diadakan pada 31 Januari 2009 di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, Selangor bermula jam 2.30 petang.

Adik Nabil ialah bekas murid PASTI Ummu Khalidah, Temerloh. Ibu bapa Nabil dijangka akan turut serta dalam majlis berkenaan. Semoga kejayaan Nabil akan dicontohi oleh murid-murid PASTI yang lain.

2 comments:

Rizal said...

assalamualaikum...ada pembetulan pada nama pelajar PASTI Ummu Khalidah ini.. nama sebenarnya ialah Nabil Umar bin Abdul Rahaman..saya adalah kakak kepada beliau..untuk kepastian, sila rujuk kepada PASTI Ummu Khalidah, Temerloh. Terima Kasih

Rizal said...

assalamualaikum,
saya abang kepada nabil umar,
saya mewakili ibu saya Siti Norizan bte Zainal ingin membuat pembetulan disini. Nama penuh Nabil ialah Nabil Umar bin Abdul Rahaman. Terima kasih kerana atas segala jasa pihak tuan

Hari Graduasi PASTI Temerloh 2008

YDP Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim b Latif telah merasmikan Hari Graduasi PASTI Temerloh pada 8 November 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al Mukmin Temerloh. Hari Graduasi ini juga telah dihadiri oleh Ketua DPP Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Rahim menyeru ibu bapa menekankan aspek pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menegaskan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak dengan baik, maka mereka dikira sebagai ibu bapa yang derhaka.

Hari Graduasi kali ini meraikan 128 orang murid PASTI yang telah tamat pengajian mereka di 12 buah PASTI dalam kawasan Temerloh. Manakala kira-kira 200 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir pada Hari Graduasi tersebut.